falling objects

muaz_eyda muaz_eyda muaz_eyda muaz_eyda muaz_eyda

buddies

Saturday, 13 August 2011

lembutkan lah hati sebelum dilembutkan.. :P


Jangan dok keras ati sangat kita neh .. Kang susah nak bernapas coz omputeh cakap 'stone heart' kalo dah ade batu kat jantung (heart) gamaknya susah nak pam darah .. Eh , orang bernapas pakai jantung kew ? Dodol .. ajaran sesat ke ape aku bagi kat korang neh .. Haha !. Cikgu sains tak ajar pon bernapas pakai jantung .. Hehe~ sori terbagi ajaran sesat lak .. Tak payah la nak marah-2 kat makhluk bernama manusia ni , xelok kita kan sesama manusia(aik , cam ustazah lak aku ..hihi) tapi , kalo manusia tu dah tergolong dalam golongan makhluk perosak memang patut di marah .. Bukan stakat marah je yang patut , kalo bunuh pon lagi bagus .. Huhhh!. (ustazah tetiba bertukar jadi cam ketua gangster lak.tertelan biji sawi kot.huhu).. Sembur ridsect je kat dia , lepas dah mabuk kena ridsect tu pijak-2 biar bersepai taik die , biar mampos !! Baru makhluk perosak ni tak menyemak nak merosakkan kesucian hati kita yang suci murni ni .. Hahaha ! Suci sangat la hati aku neh (dah biase ugak handle makhluk perosak ni tapi bukan keje pest control).

note: makhluk perosak tu makhluk yang tak reti bahasa.ni bukan stakat tak paham bahasa je tapi memang tak reti coz tak pernah masuk kelas moral hanya tau skill merosakkan kemurnian hati orang (bikin orang marah) je.tu pon cikgunya setan coz kadang-2 tu prangai cam setan walopun kadang-2 suka berlagak alim-2 kucing.lebeh baik di panggil kucing utan coz jarang jumpa manusia comei cam kite neh.ble dah terjumpa jakun sampai sawan(kompiuh identiti).haha!

Penat Codet Menulis,Jadi,Silalah LIKE!

Sunday, 7 August 2011

jagalah cintaku..




Just for you wAhmad Muaz w

Awak..
Thanks bahagiakan hidup saya :)
Thanks sebab jadi sebahagian dari hidup saya..
Thanks berjaya buat saya jatuh hati kat awak..
Thanks sebab pandai jaga hati saya..
Thanks sebab luangkan masa dengan saya..
Thanks sebab percayakan saya..
Thanks sebab menyayangi diri saya..
Thanks sebab rindu kat saya..
Thanks sebab bagi kat saya segala2 nya... =,=

Penat Codet Menulis,Jadi,Silalah LIKE!

entri EMO! (takperlubaca) X(


Dear Diary ;
I’ve been wondering. I’m in the right place? Err.. I mean am I in the right society? Nak nangis bila pk psl kawan-kawan yang tak sebulu dengan kita ni. Kadang-2 rasa macam hidup sebatang kara walapun ramai kawan-2 di sekeliling yang seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran kita. Entah la. Aku da cuba tuk jadi yang terbaik untuk dorang tapi mereka salah tafsir kebaikan aku. Aku selalu berhati-2 bila berkata. Aku bimbang mereka terasa. Aku cuba jaga hati mereka. Tapi hati aku? Terasa aku ? Hurm... Aku sentiasa pastikan yang gurauanku tidak melampau bila berada di kalangan mereka yang bukan sekepala dengan aku. Dengan kawan ini aku banyak diam, dengan kawan ini aku aktif berkata-2. Mengapa ada perbezaan? Bukan semua kawan leh masuk dengan kita. Aku perasan jurang perbezaan ini. Setiap kali melepak dengan kawan ini, memang aku kurang bercakap. Aku kurang ketawa. Memang aku bukan aku jika dengan mereka. Tapi dengan mereka yang lain, aku la pengamat suasana dengan hilai tawa aku yang tak berhenti. Aku cuba untuk hilangkan gap yang wujud. Entah la. Belum boleh lagi.

Dengan kawan ini, aku kurang melepak bersama. Mereka juga jarang mengajak aku. Kadang-2 aku terasa jugak. Tapi aku diamkan je. Pada aku, mungkin aku tak sesuai untuk di ajak melepak bersama. Oke. Tak mengapa. Aku berfikiran positif. Tapi dengan kawan itu, aku selalu keluar bersama. Dia pasti akan mengajak aku keluar bersama setiap minggu. Walaupun hanya keluar untuk berjalan-2. Dia tak pernah lupa untuk spend time dengan aku. Dengan dia, aku menjadi aku. Hanya dengan dia aku berani meluahkan apa yang terpendam. Hanya dengan dia aku berani untuk menceritakan masalah aku. Mengapa? Dia sahaja yang sentiasa bersama.

Aku tak pernah merungut bila kawan-2 buat aku terasa. Aku diamkan sahaja. Pada aku biarlah mereka sendiri yang sedar akan kesalahan sendiri. Walaupun dorang pesan, kalau dorang buat salah, tegur la. Aku tak kan buat macam tu. Sebab kalau aku cakap, mesti dia akan terasa sebagaimana aku terasa dengan kata-2 atau perbuatannya. Jadi aku ambil langkah selamat. Lebih baik, aku diam je. Lain orang, lain ragam. Aku redha. Biarlah hati membengkak sekalipun, demi menjaga hati kawan-2, aku rela. Hurm....




Penat Codet Menulis,Jadi,Silalah LIKE!

Saturday, 6 August 2011

dunia yang aku lihat


Ketawa .. Kelakar ... Kelakar dengan apa yang aku baca , ketawa dengan apa yang aku lihat.
Itulah manusia . Aku tidak menuduh sesiapa . Andaikan saja aku mengata diriku sendiri .
Betullah selalu orang cakap , manusia ni mudah lupa . Atau bak kata Tun Dr Mahathir , melayu mudah lupa . Mudah bangga dengan kejayaan sedikit yang diperolehi . Kalau boleh mahu satu dunia tahu apa yang telah dikecapi . Aduhaiiii sahabat..aduhaii diriku ... Sejak jadi blogger tak bertauliah ni , aku telah selongkar bermacam-macam jenis blog @ belog . Aku baca penulisan mereka , aku jamah apa yang mereka katakana , aku kulum apa yang cuba disampaikan , aku telan jika ianya baik untuk diriku , aku ludah jika ianya memang layak diperlakukan begitu . Tapi itulah manusia .. Dicipta mempunyai pelbagai ragam , tak sama , berbeza .. Tapi ada satu yang sama , sikap RIAK yang berlebihan .. Kadang-2 kita sendiri xsedar yang kita telah berlaku riak .. Riak dengan amalan yang kita lakukan , riak dengan rupa yang cantik/hensem , riak dengan blog yang banyak pengikut , riak dengan kehidupan yang mewah , sampai kadang kala apabila ada yang menegur sikap riak itu , orang tu akan disembur malah mungkin akan dimalukan dihadapan yang lain .. Tak bolehkah apa yang ditegur itu diambil daripada sudut yang positif ? Tak semua kritikan itu membunuh , cuma kita sendiri yang harus muhasabah apa yang kita buat selama ni semuanya betul ataupun tidak .. Aku jadi hairan , hairan dengan manusia yang begitu .. Manusia yang berlagak pandai .. Yang rasa dirinya betul dengan segala apa yang dilakukan ...

p/s: untuk sahabat handai yang membaca, jika aku ada perangai buruk begini harap ditegur & aku minta maaf jika pernah berkelakuan begitu pada kalian, sesungguhnya aku tidak menyedarinya dan aku juga menyampah & jelik dengan manusia yang bersikap begitu.




Penat Codet Menulis,Jadi,Silalah LIKE!